Aku mulai bebelan ini dengan satu contoh situasi :
Katakanlah aku membuat satu kenyataan kat status facebook aku, dan akibat kecuaian juga sedikitnye ilmu di dada, ade lah sedikit kesilapan dalam kenyataan tersebut.
Dan setelah dipublish, ada lah insan2 awesome yang like juga comment. Tapi, ade seorang member aku yang lebih awesome, dapat mengesan kesilapan dalam status facebook aku tersebut. Maka beliau mengambil ikhtiar untuk menasihati diri ini secara rahsia, dengan menulis message inbox kat aku.
Maka di sini aku telah sedar akan kesilapan aku. Tapi persoalannya di sini, bagaimana pula mereka yang membaca, like juga comment status tersebut? Kalau kesilapan tersebut adalah berkaitan hal yang tidak diketahui ramai, maka mereka yang membaca dan menerima status tersebut akan kekal di dalam kesesatan.
Adalah suatu yang sangat baik jikalau aku menerima nasihat tersebut, lalu memperbetulkannya pada ruangan comment atau menyebarkan tentang apa sebenarnya yang betul, tapi kalau aku tidak menerima nasihat tersebut, bukankah mereka yang lain sudah terlepas dari menerima kebenaran? Apakah ada jaminan yang setiap nasihat yang diberikan secara rahsia akan diumumkan pada khalayak ramai, supaya semua orang dapat tahu tentang apa yang betul dan apa yang salah? Apakah si pemberi nasihat dapat menghubungi setiap manusia yang membaca dan melihat kenyataan tersebut untuk diberikan juga kepada mereka nasihat yang sama?
Tak.
Tapi kalau nasihat itu ditulis di ruang comment, dilakukan secara public sejurus selepas kesalahan tersebut, maka orang ramai dapat membaca atau melihat nasihat tersebut, secara lansung tahu akan apa yang benar dan apa yang salah.
Benar nasihat perlu dilakukan secara rahsia, jika kesalahan itu adalah kesalahan specific dan tidak disebarkan ke khalayak ramai. Adalah lebih baik jikalau suatu kesalahan yang dilalukan secara public ditegur juga secara public, supaya si pelaku tahu tentang kesalahan beliau, dan si pemerhati tahu tentang apa yang salah.
Disini bukan tentang ingin memalukan mana-mana pihak, tapi ia berkenaan memperbetulkan mana yang salah dan menyebarkan apa yang betul. Adalah urusan Allaah tentang niat si penasihat sama ada beliau betul ikhlas memberi nasihat, atau ingin memalukan mana-mana pihak semata-mata.
Masalahnye, kiter dok sebok marah2 orang yang bagi nasihat dengan mempersoalkan niat mereka menyampaikan nasihat, yang dok terang2 buat salah, takde sape nak marah. -___-"
Betulkan aku kalau aku salah. :)
No comments:
Post a Comment