Sunday, April 29, 2012

Bersih

Bersih

Aku takde kat tempat kejadian, kat Malaysia mahu pon Adelaide. Niat di hati memang nak pegi yang kat Adelaide, tapi bukan sebab nak demo, hanya memenuhi jemputan sorang membe gua, pegi, ckp hai, belah. Tapi tak sempat sbb gua byk esement *tipikal alasan, haha*

Aku takley nak kater pape, sbb aku tak pegi, and aku tak nmpk pape melainkan video-video,post,gambar-gambar bersama caption2 yg entah betol entah tidak.

Pertama sekali, logik lah kalu aku mengaku yang aku nak keadilan tertegak di muka bumi, wlupon byk bende aku buat slame ni, tak adil pon. haha. Aku tidak menyokong perlantikkan pemimpin berdasarkan undi, tapi perlantikkan pemimpin haruslah melalui mesyuarat, perbincangan, siapa yg layak jadi pemimpin, setelah itu, jika perlu, barulah masuk fasa pengundian. So, clean election??? hhhmmmmm, aku sokong clean, just election tu aku tak berape minat. hahaha. Ada pon sistem perlantikan pemimpin adalah satu topik yg panjang lebar untuk dibincangkan, dan aku bukan org yg layak untuk cakap pasal hal ni.

Tapi, apa yang jelas bagi aku, semua pihak dok bantai sama bantai. Bila A ade salah, B bantai. B ada salah, A bantai. C ade salah, A ngn B bantai. D ade salah, tiba2 takda org bantai, E salah, suma org bantai. Dok hang bantai aku, aku bantai hang, sampai bila tak sudah.

Dengan ini aku menasihati diri sendiri, juga yg lain, *jujur nya, aku nak nasihat org laen je, saje nak tunjok bagos* , bila kiter buat statement, bila kiter bendiri bercakap, please do it to favor the truth, please do it to favor the right thing, not to favor your people, your government, your party, or anything else.

Setiap persatuan akan ada kelemahan, kerana ia dipelopori oleh sesuatu yang bergelar MANUSIA. Mana mungkin suatu parti, jika ia benar, ia tidak mungkin melalukan kesalahan. At some point akan ade salah. Mana mungkin kerajaan, jika ia zalim, ia tidak pernah melakukan kebaikan.

Point aku, sudah2 la bantai sane, bantai sini, tembak org tu, tembak org ni. Ade salah, nasihat, ade betol contohi. Media mmg keje diorang provoke itu, provoke ini. Biar lah diorang. Kiter yg boleh berfikir ni, buat ape yang betol. Jangan la kiter pon terikot-ikot. Jujurnya, Bersih 3 bukan medan aku, duduk bantah bukan medan aku. Aku ade medan aku sendiri. Tapi aku menyokong tujuan bersih 3 diadakan, cara pelaksanaan nya, itu tanggungjawab mereka yang melaksanakan. Bukan aku.

Last but not least, mereka2 yang berada dalam pkr, diorang orang aku, mereka2 yang berada dalam umno, diorang pon orang aku, these are my people. itu saje. and one more thing, polis pon rakyat juga. diorang pon beli barang kat kedai runcit jugak, diorang bukan nye dapat suma bende free. mmg tugas diorang kene kawal keadaan. aku rase, kalu peniaga kedai runcit ditugaskan untuk mengawal keadaan, mesti diorang pon kena tuduh macam2. sekian

post ini bukan bertujuan untuk menasihati, untuk mengisi masa lapang, untuk melontarkan pendapat, the purpose of this post is solely to prove to myself, that i still care. I do care. 


No comments:

Post a Comment